Friday, July 10, 2009

Jom Balik Kampung Makan Buah... Tut!Tut!

Bulan June-July-August adalah bulan balik kampung...
Sebab musim buah-buahan... mula-mula ingatkan nak balik bawak beskal...pastu nak masuk ladang sawit + makan durian + mandi sungai..
tapi memandangkan kena cut-short trip atas urusan seri paduka,
Jadi trip balik kampung kalik ni adalah trip balik dan belasah je.

Belasahhhhh...

My Darling Pakai Galah...huhuu...rambutan yang merah cap gula batu..isi tebal dan lekang... yang kuning tu tak pasti jenis apa, adik aku cakap rambutan gading...pokok dah berumur 20tahun..dari kecik dok panjat pokok ni..dulu kerengga byk..sekarang semut hitam byk..kerengga macam dah pupus..


Mencantas dahan rambutan adalah cara ter'express nak kutip... maklum la.. aktiviti balik hari ni.. kena la cari shortcut beb..selain tu aktiviti pruning ni bagus utk pokok rambutan... hari tu 4 dahan je jadi mangsa... dahan2 lain tinggalkan utk abg n adik2 aku uruskan plak..ada la jugak alasan untuk diaorg nak balik kampung..


Pemetik Manggis dicelahan pokok.. (tak leh review semua.. censored.. hahaha)



hasil kutipan manggis...




Hasil buat hari ni, manggis ok la dlm 2-3 kilo, rambutan satu kampit beg plastik sampah heavy duty, durian 20 biji...

Selain tu bapak aku bagi info gak... kalau2 ada peraih nak beli buah rambutan... boleh la turun kampung aku..felda kota gelanggi 2... satu kampung nak jual buah rambutan ni..

No comments: