Sunday, November 23, 2008

Kisah Anak Harimau Mati Dilanggar.. Innalillah...



Anak harimau ni dijumpai dalam perjalanan pulang ber'kenduri' di kampung. Mungkin ini dah masuk kali ke 2 atau 3 aku jumpa spesis se-angkatan terbaring ditepi jalan. Ni lah kata pepatah melayu, manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belang. Tapi kali ni harimau ni tak berbelang, harimau ni berbintang. Saat kejadian, mungkin baru beberapa jam dilanggar darah masih merah [fresh], kepala separa berkecai. Kisahnya tak tahu la dia nak cari mak dia ke bapak dia ke. Kami teragak-agak juga nak snap gamba anak harimau ni walaupun dah putus nyawa. Takut kot-kot mak dia datang nak tuntut bela atas kematian anak harimau yang tak berdosa ni. Tapi kami pun tak berdosa dalam pelanggaran ini, kami cuma sekadar saksi kejadian. Sudah tersurat sampai ke hari itu ajalnya.. Innallilah.


Sekian, Eton & Shuk~ melaporkan dari Jerantut, Pahang

1 comment: