Makan Angin, Jangan Buang Angin Sudah.
Hari ni dah lebih seminggu dah mengayuh. Dari rumah ke jiran taman je. Kadang2 try nak Highway baru- DUKE. Hari ni kami berbasikal naik DUKE ye kawan-kawan. Moh le join teman naik beskal. Nama je DUKE (Duta Ulu Klang Expressway) tapi kalau dah naik basikal, tak de la express sangat. Duduk KL ni nak berbasikal byk cabaran..jalan raya tak berapa cyclist friendly. Masa pun ye jugak ..siang bz kat ofis...memalam je yang free. Tapi apa-apa pun memang menarik lah aktiviti night tour ni..sejuk je... Kat area gombak ni ada sekumpulan hardcore cyclist yang komited dengan aktiviti berbasikal tiap hari selasa, tapi nak join pun ..rasa belum setaraf. Kemana kami berbasikal? Ni nak cerita ni...
Seawal jam 8+ malam, kami berdua berbekalkan basikal pinjam memulakan aktiviti mengayuh dari persimpangan bandar dalam , mula-mula ingat nak pusing dekat2 situ je.. bila dah kayuh rasa teruja plak nak tgk sejauh mana la DUKE ni.. tapi tak de laa ronda sampai habis, ronda separa habis.. DUKE ni bukan nya siap lagi pun. Sesekali ada la terberenti bila dengar deruman moto kapchai bapak sekuriti yang meronda menjaga keamanan DUKE. Ada jugak kelibat buruh binaan indon & bangla .. maybe buat OT nak hantar duit ke kampung.....Sesekali berhenti melepak atas DUKE nak tgk keindahan kota diwaktu malam & snap beberapa bahan bukti (kot la korang tak caya aku dah sampai di sana sinun dengan beskal pinjam ni).
Dipendekkan cerita Map diatas adalah route kayuhan malam ini. Kayuhan dari Plaza tol Sentul Pasar ke Plaza tol Ayer Panas, patah balik, turun Titiwangsa.. pusing Istana Budaya. Balik ikut jalan besar, byk kena stop sbb keadaan jalan bersimpang siur dan kereta byk. Konon2 nak berenti minum. Stop 1 - Kedai Penuh, Stop 2 - Kedai Tutup, Stop 3 - Kedai Tutup, Stop 4 - Laluan ada anjing. Spoil betul. Last2 balik buat Teh-O Ais. Mandi, Aktiviti Sosial alam MAYA-TIDO!
Sekian. Eton & Shuk melaporkan dari atas Highway DUKE.
3 comments:
Dah OK latu boleh kayuh sampai TTwangsa...Lepas ni meh join GLC meh...Toksah malu dan segan.
WoW!
@kelolo,
ahaks bro..tengah carik semangat :D.
@alil,
moh mengayuh..
Post a Comment