Friday, December 12, 2008

Jom Rempit Situ Sini Sana Sinun!

"Bapaku pulang dari kota.. Beli sendiri basikal merah.. Boleh ku bawa pusing kota"
-
Bait-bait lagu yang dah aku rosakkan ni mesti korang hafal dah. Zaman muda2 dulu cikgu paksa hafal kan kan kan? Memang seronok tahap dewa maharaja kesatria baja hitam dah la sekarang ni. Kira2 mcm basikal baru pertama la dalam usia muda remajaku ini. Zaman dulu bapak tak beli basikal, puas meleleh air liur tengok anak jiran sebelah pakai basikal pink ada tulis 'little princess' siap ada loceng dan riben warna-warni. Puas la panjat pokok jambu batu nak skodeng kat mana anak jiran ni simpan basikal dia, kot kot leh rompak kejap.
-
Bukan lah basikal hebat ala-ala rider kota. Cuma basikal beginner yang boleh bawak dikayuh je. Yang bestnya sbb baru, ada bau kedai, ditambah dengan bau peluh mamak yang menitik membasah bumi untk pasang parts basikal ni tadi? heaven!
-
Rasa mcm nak start buat wishlist tuk birthday yang bakal menjelma la.. apa pendapatan korang? ade ke bajetnye? muhahahaha
-
See Ya Later AlligatorzzZzZzzzz...

2 comments:

BuNa BaNaNa said...

basikal tua yg brek besi tu nak tak? aku rompak tukwan aku pny....

rezaraml said...

hai...nak tanye..saya pun baru bergiat dlm berkayuh nie...boleh saya tanye korang staret selalu dari mana..saya duduk di cheras baru cheras....

mana tau leh join kayuh malam..waktu free saya kayuh jumaat malam sabtu... dan pagi ahad.... anithing leh sand email tu my add rezaraml@yahoo.com or facebook Reza Ramli