Kemana kita hujung minggu ni? Route yang sama je, route yang selamat & kurang kenderaan bermotor. Masih lagi merentas DUKE. Bermula lepas jam 12 (lepas habis celebrate birthday le tu). Kali ni kami bukan ber'loro'-'loro' (oho ... penggunaan ayat mmg tak betul tapi carilah orang jawa utk translate)
Tak la kesorangan di tengah jalan. Ada macha baru. Dulu basikal bersidai kat garaj kete. Dah tgk kitorang kayuh cam best je, dan dan la pi repair basikal yang dah semi-karat tu. Jual kedai besi buruk pun tak laku. Tapi mmg mengayuh ni kalau ada geng baru best, kalau kayuh sorang apa barang. Seri tu kurang orang lama-lama kata. he he he..
Ni nak kenal kan macha baru .. helmet dengan protector vest pun baru. Bau kedai lom ilang lagi. EJ adik beradik ipar duai. Keje kat cyber pun sanggup berhempas pulas balik sentul hari2. Nak join excitement nite ride kl tour ni. (serius best.. tak try tak tahu.... wa tara tipu punya). Psst... dengar2 ada lagi sorang minaci baru plak mau yikutt juga...
Kali ni masih lagi laluan DUKE. Cuma turun atas sikit, turun setiawangsa dari persimpangan bandar dalam aka sentul. Ingat nak pegi sampai Jalan Yap Kwan Seng pekena kari kepala ikan ke, tapi tgk jalan bz semacam je..last2 kitorang stop kat 7 eleven jalan semarak tu (bersebelahan dengan Kolej Latihan Telekom). Beli air + Burger Ikan ...tapau, patah balik naik DUKE. Piknik2 atas DUKE. Masa tgh sedap piknik, terserempak dengan 9/10 orang geng cyclist keramat baru habis pusing town. Masa tu lebih kurang jam 230pagi... Baekk punya sorru...
Sekian. Eton & Shuk~ melaporkan dari Sentul ( Nak tido dah.. huarghhhh...)
7 comments:
Salam...eton& Shuk..terima kasih kerana sudi menjenggok laman saya tempoh hari....maaf lambat mengunjungi anda kerana PC saya mengalami kerosakan selama lebih kurang 3 minggu....petang ni baru lah bernafas kembali....
Wah bagus bagus aktiviti ni teruskan bro semoga maju jaya dan bersama kita majukan sukan berbasikal tak kira lah nak bertanding ke atau untuk menjaga kesihatan sendiri.
Mohon izin untuk link kan blog anda.
Salam Tuan,
Terima kasih lah melayari blog kami,
Semoga Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun terus maju dan terus menghasilkan pelumba-pelumba yang menggegarkan sukan lumba basikal dunia.
Happy New Year 2009....and Good Luck.
Hai..visiting you....have a nice day and good luck.
malam nie ade kayuh tak/leh join kalau dekat dgn yg home...cey......
saya selalu kayuh sesorang....layan je lah...sesorang....kalau ade group besh lah gak....
kalau sms saya pun boley di 0133753354
malam esok kayuhan GLC (gombak league cycle) ke KL Tower..
Marilah..meeting point kat Sri Gombak 9.30 pm.
http://gombaklegcycle.ning.com/events/event/show?id=2466314%3AEvent%3A1362&xgi=3ETKomT
Post a Comment