Thursday, February 5, 2009

10 Fakta Bali (Bukan Auta Ya)

Ni mascot BALI kot

Berdasarkan pengamatan penulis yang singkat di sana, selain dari ada beruk comey ni ada beberapa lagi FAKTA-FAKTI menariks pasal Kepulauan Bali ni:

10. MASA PENERBANGAN YANG MEMBOSANKAN

Amma sama Appa suda tara benda mau buat, kalu tada makan..musti ada minum juga

3 jam Flight ..kalau naik air-asia.. bersiap sedia la untuk ke-boring-an yang yaamat sangat ketika dan sakit pinggang & tulang belakang... bawak la bantal..kalau dapat tido mesti sedap..pergi Jakarta pun baru 2 jam...

9. MAJORITI BALINESE BERAGAMA ...


90% penduduk Indonesia adalah berugama islam (muslim)...tapi kat Bali..60% penduduk adalah berugama hindu..perkampungan muslim hanya terdapat di denpasar...

8. KEBEBASAN DAN TAAT SETIA

bebasnya berjualan...uhuk..uhuk...uhuk...

Orang-Orang Bali kawasan perkampungan sangat Open-Air (Bebas). Kalau rasa2 nak buang bahan kumbahan kecil, just lepaskan je kat tepi jalan dan longkang. Takk kira walaupun di khalayak awam..Warga Bali juga sangat taat berugama, 24 jam sehari tanpa henti...

7. APA ADA DENGAN NAMA BALINESE

Pelancong yang tidak berKASTA

Mengenal warga local Bali adalah melalui Nama : I (lelaki), NI (perempuan).
Biasanya juga diasingkan mengikut kasta. Terdapat 4 Kasta Utama:
  1. Kasta Brahma (Tertinggi) -Nama bermula dengan Ida / Bagus / Ayu / Dayu
  2. Kasta Ksatria ( Pemerintah/Pahlawan) -Nama bermula dengan : Agung / Dewa / Dewi
  3. Kastra Wesia ( Pedagang/Pegawai ) -Nama yang bermula dengan Gusti / Dewa / Desayu
  4. Kasta Sudra (Petani/Rakyat Biasa) -Nama yang bermula mengikut turutan lahir
  • Anak pertama: Gede, Putu, Wayan, Iluh (Khusus perempuan)
  • Anak kedua: Kadek, Nengah, Made
  • Anak ketiga: Nyoman, Komang, Koming
  • Anak keempat: Ketut

* Untuk anak kelima dan seterusnya, diulang semula mengikut senarai diatas
Jadi nye Gue mau istihar bahawa:

Gue ini Ni Nengah Eton dan Suami Gue I Kadek Shukor

Kalau kami bertukar kerakyatan, kami booking nama ni utk KTP (Kartu Tanda Pengenalan)

6. JUAL BELI DAN PENAWARAN

Dipasar SUKAWATI tapi tada SUKAHATI


Peniaga menunggu penuh setia

Kalau anda suka 'tawar-menawar' , biasanya peniaga mark-up untung sehinga melebihi 100% harga kos, jadi basis utk tawar menawar lebih kurang 60% hingga 70%. Kalau serious nak beli, Be difficult. hehehehe

5. PURA or TEMPLE
'Ibu mesti simpan gelang emas, monkey suka emas' kata pak supir

Tengok tebing pun gayat, terer monkey ni bawak lari sampai bawah nuhhhhh...sayuuppp

Kalau pegi ke kawasan pura (temple) yang penuh dengan monkey, pastikan barang kemas/jam/cermin mata disimpan. Tu kalau dah dpt kat beruk2 tu.. dia boleh bawak ke hujung tebing yang setinggi >50meter. Kalau nak upah local kejar, prepare la dalam RM200-RM300 ,a sbb diorang nak kena bergadai nyawa utk dapatkan semula harta tu.

4. SUNSET & SUNRISE

Sunset

Masa Bali dengan Malaysia adalah sama, tapi kalau kita bangun jam 630 kat Malaysia rasa mcm malam lagi, kalau kat Bali dah terang benderang. Sunrise dia dalam jam 515-530 pagi. Tapi masa sunset lebih kurang Malaysia je, dalam jam 6-7 petang

3. RUMAH IBADAT HARMONI

Di Nusa Dua terdapat 5 rumah ibadat bagi setiap agama di bali yang dibuat dalam 1 kawasan untuk melambangkan kerukunan antara agama-agama di Bali

2. HARI NYEPI
Sehari pada setiap tahun pada bulan march (setelah sami menelek tarikh yang baik) akan diadakan satu hari yang dinamakan hari 'nyepi' atau tahun baru hindu balinese. Pada hari 'nyepi' ini biasanya semua penduduk bali adalah dilarang keluar rumah kecuali dengan izin. international airport akan ditutup tanpa sebarang cahaya lampu. Penduduk bali akan bergelap pada hari ini untuk tujuan pembersihan hati. Selepas hari 'nyepi' akan diadakan ogoh parade atau pesta hantu dimana anak-anak muda akan membuat replika berbentuk hantu/roh jahat untuk diperagakan di jalanan.

1. AKAN MENYAMBUNG....

No comments: