Saturday, December 27, 2008

Amir Amran & Zatul Iffah (BB)


Diorang ni cik mek & cik abe dari pantai timur tapi dah lama berhijrah kat Bangi. BB yang sweet & amir yang quite funny. Sangat confortable buat job ni, tak rasa mcm tengah on duty pun.


Pertemuan pertama diorang ni kat salah satu tanah perkuburan kat Bachok, Kelantan.. terus naik jinjang pelamin. Tapi apa-apa pun Selamat Kemantin Baru.. he he he

p/s: Gabra je time sessi Teh Tarik nanti. Takut Amir & BB tak suka gambar-gambar tu. Amik gambar wedding cam nyawa dihujung telur. Dub Dab Dub Dab. Mana lah tau kita terhancurkan memori orang seumur hidup. Alhamdullilah belum pernah lagi album dikoyak.. Kami cuba berhati-hati.Ya! Ampunnnn....

Saturday, December 20, 2008

Jom Kayuh Lagi...

Kemana kita hujung minggu ni? Route yang sama je, route yang selamat & kurang kenderaan bermotor. Masih lagi merentas DUKE. Bermula lepas jam 12 (lepas habis celebrate birthday le tu). Kali ni kami bukan ber'loro'-'loro' (oho ... penggunaan ayat mmg tak betul tapi carilah orang jawa utk translate)

Tak la kesorangan di tengah jalan. Ada macha baru. Dulu basikal bersidai kat garaj kete. Dah tgk kitorang kayuh cam best je, dan dan la pi repair basikal yang dah semi-karat tu. Jual kedai besi buruk pun tak laku. Tapi mmg mengayuh ni kalau ada geng baru best, kalau kayuh sorang apa barang. Seri tu kurang orang lama-lama kata. he he he..


Ni nak kenal kan macha baru .. helmet dengan protector vest pun baru. Bau kedai lom ilang lagi. EJ adik beradik ipar duai. Keje kat cyber pun sanggup berhempas pulas balik sentul hari2. Nak join excitement nite ride kl tour ni. (serius best.. tak try tak tahu.... wa tara tipu punya). Psst... dengar2 ada lagi sorang minaci baru plak mau yikutt juga...



Kali ni masih lagi laluan DUKE. Cuma turun atas sikit, turun setiawangsa dari persimpangan bandar dalam aka sentul. Ingat nak pegi sampai Jalan Yap Kwan Seng pekena kari kepala ikan ke, tapi tgk jalan bz semacam je..last2 kitorang stop kat 7 eleven jalan semarak tu (bersebelahan dengan Kolej Latihan Telekom). Beli air + Burger Ikan ...tapau, patah balik naik DUKE. Piknik2 atas DUKE. Masa tgh sedap piknik, terserempak dengan 9/10 orang geng cyclist keramat baru habis pusing town. Masa tu lebih kurang jam 230pagi... Baekk punya sorru...




Sekian. Eton & Shuk~ melaporkan dari Sentul ( Nak tido dah.. huarghhhh...)

Friday, December 12, 2008

Jom Rempit Situ Sini Sana Sinun!

"Bapaku pulang dari kota.. Beli sendiri basikal merah.. Boleh ku bawa pusing kota"
-
Bait-bait lagu yang dah aku rosakkan ni mesti korang hafal dah. Zaman muda2 dulu cikgu paksa hafal kan kan kan? Memang seronok tahap dewa maharaja kesatria baja hitam dah la sekarang ni. Kira2 mcm basikal baru pertama la dalam usia muda remajaku ini. Zaman dulu bapak tak beli basikal, puas meleleh air liur tengok anak jiran sebelah pakai basikal pink ada tulis 'little princess' siap ada loceng dan riben warna-warni. Puas la panjat pokok jambu batu nak skodeng kat mana anak jiran ni simpan basikal dia, kot kot leh rompak kejap.
-
Bukan lah basikal hebat ala-ala rider kota. Cuma basikal beginner yang boleh bawak dikayuh je. Yang bestnya sbb baru, ada bau kedai, ditambah dengan bau peluh mamak yang menitik membasah bumi untk pasang parts basikal ni tadi? heaven!
-
Rasa mcm nak start buat wishlist tuk birthday yang bakal menjelma la.. apa pendapatan korang? ade ke bajetnye? muhahahaha
-
See Ya Later AlligatorzzZzZzzzz...

Wednesday, December 10, 2008

Jom Makan Angin di DUKE (Duta Ulu Klang Expressway)

Makan Angin, Jangan Buang Angin Sudah.

Hari ni dah lebih seminggu dah mengayuh. Dari rumah ke jiran taman je. Kadang2 try nak Highway baru- DUKE. Hari ni kami berbasikal naik DUKE ye kawan-kawan. Moh le join teman naik beskal. Nama je DUKE (Duta Ulu Klang Expressway) tapi kalau dah naik basikal, tak de la express sangat. Duduk KL ni nak berbasikal byk cabaran..jalan raya tak berapa cyclist friendly. Masa pun ye jugak ..siang bz kat ofis...memalam je yang free. Tapi apa-apa pun memang menarik lah aktiviti night tour ni..sejuk je... Kat area gombak ni ada sekumpulan hardcore cyclist yang komited dengan aktiviti berbasikal tiap hari selasa, tapi nak join pun ..rasa belum setaraf. Kemana kami berbasikal? Ni nak cerita ni...

Seawal jam 8+ malam, kami berdua berbekalkan basikal pinjam memulakan aktiviti mengayuh dari persimpangan bandar dalam , mula-mula ingat nak pusing dekat2 situ je.. bila dah kayuh rasa teruja plak nak tgk sejauh mana la DUKE ni.. tapi tak de laa ronda sampai habis, ronda separa habis.. DUKE ni bukan nya siap lagi pun. Sesekali ada la terberenti bila dengar deruman moto kapchai bapak sekuriti yang meronda menjaga keamanan DUKE. Ada jugak kelibat buruh binaan indon & bangla .. maybe buat OT nak hantar duit ke kampung.....Sesekali berhenti melepak atas DUKE nak tgk keindahan kota diwaktu malam & snap beberapa bahan bukti (kot la korang tak caya aku dah sampai di sana sinun dengan beskal pinjam ni).

Dipendekkan cerita Map diatas adalah route kayuhan malam ini. Kayuhan dari Plaza tol Sentul Pasar ke Plaza tol Ayer Panas, patah balik, turun Titiwangsa.. pusing Istana Budaya. Balik ikut jalan besar, byk kena stop sbb keadaan jalan bersimpang siur dan kereta byk. Konon2 nak berenti minum. Stop 1 - Kedai Penuh, Stop 2 - Kedai Tutup, Stop 3 - Kedai Tutup, Stop 4 - Laluan ada anjing. Spoil betul. Last2 balik buat Teh-O Ais. Mandi, Aktiviti Sosial alam MAYA-TIDO!







Sekian. Eton & Shuk melaporkan dari atas Highway DUKE.

Monday, December 1, 2008

Jom Tengok Bulan & Bintang Tersenyum


01-12-2008. Pertemuan 3 makluk ni berlaku cuma setiap 48 tahun sekali. Bila dah lama tak jumpa mesti la sang bulan tersenyum. Keajaiban ciptaan allah ni berjaya diabadikan depan rumah (lokasi pesisir ibu kota cinta -Kuala Lumpur). Gambar ni mungkin tak jelas mata kanan (kecuali zoom). Kalau panjang umur , tahun 2056 kita jumpa lagi.

Sekian, Eton & Shuk melapor dari depan rumah