29-08-2008, dah lama mengidam nak pegi kluang, nak pekena roti bakar kat kluang station...
dari labis turun ke selatan ikut chaah, yong peng, air hitam ..singgah beli nenas.. terus cilok masuk kluang... carik stesen keretapi..punya la susah..takde signboard...mungkin orang kluang dah takperlukan signboard nak gi station keretapi kot..pasal semua orang tahu....
nasib baik ada landmark..rel keretapi...cross rel keretapi..try turn kiri..penghujung jalan jumpalah stesen keretapi... bermulalah aktiviti makan :D
memang best...roti bun yang panas..pastu butter yang sejuk...perghh..kompleemennn....setel 4 piring (kongsi 2 org :P)
memang mengancam...memang nak kene datang lagik...
Sorry ler berkabus sikit. http://wikimapia.org/#lat=2.0338003&lon=103.3173502&z=15&l=0&m=a&v=2&search=kluang%20station