Wednesday, November 25, 2009

Asal Buluh Menjadi Lemang.


Apa yang Shuk & Eton buat masa raya haji? Ini lah aktiviti malam raya, dalam proses percubaan pertama membakar lemang. Buluh lemang beli kat jalan hala ke hospital orang asli.


Sambil2 meng'adjust lemang.. sambil minum kopi o.


Fuhh tgk bara tu.. berpeluh mokcik..

Ni le rupa lemang yang dah mendidih.. hampir nak masak kot .. lepas 2 jam.



1st lemang bukak nak test.. takut juga mentah.. dah la berejam tunggu nak masak weh..


Ini la dia lemang jagung 1st Shuk & Eton. Sendiri masak mesti la sendiri kata sedap.. PASS.. he he he

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Monday, November 16, 2009

Sirih Pulang Ke Ganggang, Rider Pulang Ke Dungun

Sambil berjalan-jalan, trip terjah kali ni untuk kasi moral support sket pada member yang baru berjinak2 dalam alam Kepok Leko kat Kemaman/Kerteh. Kepok kering tamban dia sedap weh.. tapi kepok leko lom cukup kick lagi... kedai pun baru buka dalam sebulan..

tokey muda lagi ni, bawah 25. Rajing-rajing orang ganu nih... Brand Kepok dia.. 009. Kalau nak order, bisa diatur ...
Untuk orang-orang yang duk KL asyik makan ikan frozen, kalau sampai sini kira heaven ... ikan fresh, sampai kat jeti pun jadi jakun tgk ikan. dah la ikan bakar sedap tak hingat... leleh ..

Ha tgk.. muka pun dah macang ikang...


On the way nak balik KL, singgah Kemaman nak try kopi yang selalu disebut-sebut oleh Locals. Kopi Hai Peng. Pergh lah, satu wisma tu... siap tanam kopi depan kedai.. classic tul.. kedai bukak 24 jam. Dah canggih dah pekan kemaman ni, siap boleh buka kedai kopi 24 jam, ramai traveller yang datang menyinggah kat sini. Tapi kalau 5 bintang... boleh kasi la semua 5-5 bintang tu kat Hai Peng. Hitam.. Pekat.. Melekat.. Terangkat..


Signage klasik, dari zaman tok kadok..


Roti Bakar yang Montel..

Cham Panas Yang Sedap..

Kalau nak panggil Nabil jadi Duta pun boleh... 'Memang Menangkap'..

Saturday, November 14, 2009

Kayuhan yang belum selesai...

Percubaan kayuhan ala-ala touring balik ke kampung,
Tmn. Pelangi,Sentul - Kg. Awah,Temerloh. Jauh kayuhan?.. agak jauh jugak la..

Ku sangka mendung sampai ke petang syok giler woo kalau dapat kayuh redup-redup nih... tetapi panas di tengahari,
Ku sangka dah boleh sampai Kampung.. tetapi kena la berpuas hati di stopkan oleh escort car di depan Kem Batu 5, Mentakab. kerana escort car dah penat escort :P.

Jadi.. Kayuhan balik kampung dengan rasminya.. di kira disqualified. (ada la alasan nak buat kayuhan balik lagi next time :D).
*Antara gambar yang sempat di ambil sewaktu kayuhan*
(*reminder utk check meter, nak update dist n time)

Bermulalah episod bawak basikal :D >.<
Di sebabkan tak sampai kampung.. jadi malula nak balik kampung.. :( .. Alang-alang bawak basikal (naik kereta), kitaorg pun melenconglah ke daerah basikal tahap world champion..Dungun, Tegganu...
Dah jadi macam amazing race pulak..

Speed Bump Pertama,


Check-Point keberapa tah ni... Memang silap lah kalau main terjah2 ni tapi tak cari tempat penginapan awal2.... hampir semua resort tepi pantai ni kitaorg masuk.. semua penuh daaa.. happening jugak dungun ni...


Tapi resort dia mmg lawo lawo lah.. dari depan macam bali syle..tapi kitaorg tak masuk dalam ler..sebab full.. T_T


Kitaorg pusing balik dari pekan dungun menghala ke Paka, settle kat resort tepi jalan, ok la..resort ala-ala dalam hutan gitu.. apa nama tah lupa.. >.<, bersih..baru siap kot..


Kalo dah sampai tegganu kena la makang nasik dagang..tapi kitaorg lambat sikit.. nasik dagang dah habih... nasik minyok je ade..belasahhh lahh... makang tepi laut...syokkk wooohh...


Di akhiri dengan sessi photoshoot di tepi pantai yang indah...


Bejuppe lagi next taing...tegganu best.. /no1.

Sunday, November 1, 2009

Jom Cyfora 2009

Cyfora (Cycle For All). Kuala Kubu Baru - Fraser Hill, Race?



Taunye dari geng2 kayuhan genting sempah.. jom la masuk race..cyfora..kkb-fraser hill..
aaa race? biar benar beb... aku tak penah masuk race ni... boleh ke aku masuk ?..
From Cyfora 011109


Eh tapi apa salahnye kalau masuk.. kalau nak dapat no. 1 tu mmg tau dah tak dapat punya.. hahaha.. kayuh pun secara hobi suka-suka... Tapi itu lah... nak juga merasa suasana race.. balik-balik tgk tour de france punya clip kat youtube jek...So set dalam mind.. nak sampai finish line jek..
From Cyfora 011109


Alhamdulillah, berjaya tamatkan race. 2jam 13minit.. lutut dah tarikk skit.. jari-jari kaki kanan dah nak cramp...nak berdiri pun tak berdaya dah... tapi mmg biasa la tuh.. Thanks jugalah kepada my Wife bagi support kaw kaw... terharu i :D .. sanggup bangun pagi buatkan english breakfast.. sebab aku cakap kalau nak makan.. kena at least 2 hours before kayuh...pastu kena lak angkut jugak pegi race venue .. sangkiu sangkiu...


From Cyfora 011109


Banyak kenangan dan pengalaman.. almaklumlah.. baru fes time masuk race... tapi memang pueh hati lah...berjumpe lagi next race...
From Cyfora 011109